PENGENALAN

PENGENALAN 

Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama serta memiliki keunikannya yang tersendiri sama ada dari segi adat resamnya, makanan, pakaian, kebudayaan, keseniaan dan sebagainya. Keistimewaan Malaysia terletak kepada 3 kaum yang utama iaitu Melayu, Cina dan India yang memiliki keunikan kebudayaan masing-masing berbanding dengan kaum-kaum yang lain. Antara keunikan tersebut termasuklah dari segi pakaian yang diperagakan oleh pelbagai kaum ketika menghadiri majlis-majlis keramaian,perayaan dan sebagainya. 

SEJARAH PAKAIAN DI MALAYSIA

Malaysia mempunyai berbagai-bagai jenis kain dan pakaian tradisional yang terdiri daripada pelbagai bentuk dan warna, dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah kain songket Diraja yang antik. Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik. Dengan ketibaan tamaddun lama, kain tenunan dan batik Melayu dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Dengan ketibaan pedagang asing, pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah Arab diperkenalkan di negara ini .





No comments:

Post a Comment