PAKAIAN TRADISIONAL MASYARAKAT INDIA


    SARI

                    CIRI-CIRI
  • Pakaian tradisional India yang paling disukai
  •  Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan
  • Merupakan pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan.
  •   Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar
  • Panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai.
  • Kebanyakan kain sari adalah jarang dan lembut.
  • Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat.
  • Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri.
  • Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.
  • Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu dan dipakai ketika musim perayaan seperti Deepavali.
  • Terdapat juga pemakai yang memilih sari yang terdiri daripada pelbagai jenis manik yang berkilat bagi menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya.

  DHOTI
CIRI-CIRI
  •  Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki.
  •  Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih.
  • Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan.
  • Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang.
  • Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu.
  • Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik.
  • Terdapat juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu yang dipakai oleh golongan ceti.

SARI

DHOTI


3 comments: