Tuesday 6 March 2012

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum wbth. Selamat datang ke Villa Ilmu. 

Blog ini diwujudkan untuk memberi ilmu pengetahuan kepada murid berdasarkan tajuk Sejarah Warisan Negara Subtopik yang ditekan dalam blog ini ialah Pakaian Tradisional Masyarakat di Malaysia iaitu kaum Melayu, Cina dan India.

Murid perlu mengetahui asal-usul pakaian setiap kaum di Malaysia. Pakaian merupakan salah satu identiti setiap kaum selain daripada budaya, perayaan dan lain-lain. Nota dalam blog ini dapat digunakan oleh para murid sebagai rujukan dan pengetahuan serta dapat dikongsi bersama-sama.

Dengan kemajuan teknologi pada hari ini proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat diteruskan secara langsung dan tidak langsung tanpa mengira masa dan tempat. Diharapkan blog ini dapat membantu para murid.